Saturday, October 4, 2008

Ucapan Hari Raya


“Kini tiba masanya hati gembira di hari raya
bertemu sanak dan saudara
bermaaf-maafan dengan keikhlasan”
Sempena tibanya Aidil Fitri yang mulia
saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
akan setiap perbuatan, perkataan, percakapan
atau apa sahaja yang selama ini saya lakukan
samada sedar maupun tidak
dan jika anda beraya ke Klang,
jemputlah datang kerumah saya
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATHIN
mohamed subadri hj mohamed said
dalilah binti asopah
zainul, muaz, izzat, faseha,
fathiah, faiz & iman
No 816, taman bukit kapar
kg bukit kapar
42200 kapar
03-33920035 (rumah) 019-3898688 (hphone)

Monday, September 1, 2008

Kata-Kata Pendahuluan

Assalamualaikum w b t,

Puji-pujian kepada Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s a w dan para-para ambia.
Hari ini, 1 September 2008 Masehi bersamaan dengan 1 Ramadan 1429 Hijrah, blog ini dilancarkan. Pertama sekali biarlah saya ucapkan selamat datang kepada semua sahabat-sahabat lama saya bekas siswa dan siswi Diploma Pengajian Bank, ITM kampus Shah Alam tahun pengajian 1982-1985.

Harapan saya, semuga blog yang saya cipta khas untuk kita ini, dapat menjadi wadah untuk kita berinteraksi, menjalin ikatan yang telah putus sekian lama. InsyaAllah, blog ini akan saya kemaskini dan perbaiki dari masa kesemasa agar ianya menjadi blog yang sama-sama boleh kita banggakan. Sesungguhnya, mereka dan mengendalikan blog adalah sesuatu yang baru saya pelajari, Ya, begitulah, dalam menjalani kehidupan, kita perlu sentiasa belajar. Kawan-kawan siswa dan siswi semua diminta jangan malu dan segan untuk memberikan komen, pendapat serta cadangan atau apa sahaja yang anda ingin suarakan di dalam blog ini. Buatlah macam rumah sendiri. Tidak kira dalam bahasa apa yang anda nak sampaikan asalkan menepati standard dan boleh difahami.
Akhir sekali, saya ingin menyatakan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri saya yang tercinta, Dalilah binti Asopah yang begitu memahami akan diri saya untuk menghabiskan banyak masa dengan blog ini dan tak lupa juga anak-anak tersayang, Zainul, Muaz, Izzat, Faseha, Fathiah, Faiz dan Iman. Kepada kalianlah segala kasih Abah tertumpah dan semoga blog ini dapat memberikan gambaran akan pengalaman Abah untuk kalian jadikan pedoman di hari depan.