Tuesday, July 17, 2012

Janji

Sudah lama tidak menulis di blog Suara Hati saya ini.  "Posting" terakhir saya adalah lebih setahun yang lalu.  Banyak faktor yang menyumbang kepada 'ketandusan' hasil penulisan saya kebelakangan ini, antara yang menyerlah ialah, kesuntukan masa dan tahap kesihatan yang tak menentu.


Sebenarnya, jika mahu diambil kira, sangat banyak perkara yang mahu saya tuliskan.  Pelbagai peristiwa yang terjadi sejak setahun yang lalu.  Cuma, keupayaan untuk menghasilkan penulisan bagaikan hilang dari kotak fikiran saya.


Maka, menjadi harapan saya sendiri semuga saya berupaya untuk kembali menulis dalam blog ini.  Sama sama kita nantikan.  Saya janji.