"Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan menjadi baik semuanya, dan apabila segumpal daging itu jelek, maka akan jeleklah semuanya, ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati." (HR. Al-Bukhari dan Muslim).
Tuesday, May 28, 2013
Menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM
Pada tanggal 19 Mei 2013, saya dan isteri telah menghadiri majlis Istiadat Konvokesyen UiTM yang berlangsung di Dewan Agung UiTM di kampus induk Shah Alam di mana anak sulong saya Muhammad Zainul Arif telah menerima ijazah sarjana mudanya pada sessi pagi atau sidang ke-13.
Maka teringat kembali sewaktu saya sendiri menerima diploma saya pada bulan Oktober tahun 1985 di majlis konvokesyen waktu itu berlangsung di Dewan Sri Budiman juga di kampus induk Shah Alam. Kedua arwah abah dan emak menyaksikan peristiwa bersejarah itu.
Perasaan saya bercampur antara bangga, suka dan sedih. Kini setelah mengalami sendiri, sebagai bapa, kita sangat berbangga di atas kejayaan anak-anak kita. Saya juga suka kerana kejayaan anak-anak adalah hasil titik peluh dan didikan kita juga. Dan, sedih kerana saya tahulah sudah betapa arwah abah dan emak dulu bersusah payah membesarkan kita.
Semuga anak-anak yang lain, Muaz, Izzat, Faseha, Fathiah, Faiz dan Iman dapat menjejaki langkah-langkah kejayaan kekanda Zainul. Kepada Zainul, abah dan emak ucapkan tahniah dan selamat berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat nanti, insha Allah.
Wednesday, May 1, 2013
50 tahun
Menurut kata seorang sahabat lama, mencapai usia 50 tahun merupakan satu keistimewaan, di zaman ini. Saya sendiri kurang pasti, apa sebenarnya yang sahabat saya itu maksudkan. Adakah kerana sekarang ramai rakyat Malaysia yang 'pergi' sebelum mencapai usia emas itu?
Walau apapun, 29hb April 2013 telah datang dan pergi. Syukur kepada Allah SWT kerana dgn izinNya, saya masih sehat walafiat dalam mencecah usia 50 tahun. Saya ingatkan kepada diri sendiri agar jangan lalai dan leka lagi dengan kehidupan dunia sebaliknya tambahkan lagi amal ibadat sebagai bekalan bila dipanggil nanti.
Doa dan harapan kawan-kawan amat saya hargai dan doa saya agar Allah SWT menjemput saya sebagai tetamuNya ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah, insha Allah.

Wednesday, April 17, 2013
Taiping
Pada 6 hb April 2013, aku telah sampai juga ke bandar Taiping. Pada kebiasaannya, dalam perjalanan ke utara semenanjung melalui lebuhraya Utara-Selatan, aku sekadar melewati dan melihat papantanda Taiping.
Semakin hampir, hatiku sangat tidak sabar untuk sampai. Kenapa, aku sendiri kurang pasti. Dan setibanya aku di bandar Taiping, aku saksikan Taiping seperti bandar-bandar lain di Malaysia, tiada banyak bezanya. Cuma apabila setelah berada sedikit lama barulah aku dapat saksikan kesan peninggalan sejarah dan keindahan panorama bandar Taiping.

![]() |
| From Taiping With Love, teringat kisah kartun dlm majalah Gila-Gila. Kini Taman Tasik Taiping di hadapan mata. Memang cantik, memang menawan. |
![]() |
| Bukit Larut (Maxwell Hill) yang menghijau |
Aku dan isteri Dalilah serta tiga dari tujuh anak kami tinggal di sebuah 'homestay' rumah teres satu tingkat di Taman Desa Jana. Walaupun kami telah merancang untuk berada di Taiping selama sehari semalam, rasanya tidak sempurna jika aku tidak membawa isteri dan Fathiah, Faiz dan Iman ke Kuala Sepetang, Zoo Taiping, Taman Tasik dan Kuala Gula. Maka atas dasar itulah, maka sahabat (ex-staff PBB) aku, Asrol telah membawa kami ke tempat-tempat yang aku sebutkan itu.
![]() |
| Kuala Gula, lebih kurang 80km dari bandar Taiping |
![]() | |
| Menikmati sepinggan mee udang yang sinonim dengan Kuala Sepetang |
| |
| Dalilah dan anak-anak di Zoo Taiping |
Sesungguhnya, perjalanan ke Taiping satu pengalaman indah yang sukar dilupakan dan insha Allah, jika ada umur mahu lagi aku ke Taiping.
Berakhir satu perjalanan, bermula satu pengembaraan
Suasana malam di kampung, begitu mendamaikan.
Hari ini, Rabu 17 April 2013. Hampir sebulan setengah yang lepas, atau lebih tepat lagi pada 6 Februari 2013, aku telah melangkah keluar dari pejabat di Public Bank cawangan Seksyen 14 Petaling Jaya buat selama-lamanya. Aduh, memang susah, terlalu susah hendak dilupakan akan pengalaman pahit manis yang telah dikumpulkan selama hampir 27 tahun bekerja di sektor perbankan.
Demi untuk tatapan dan bacaan anak-anak dan insha Allah, generasi akan datang, maka aku nukilkan kisah pengalaman kepada satu perjalanan yang panjang bermula dari tarikh hari pertama aku melaporkan diri di Sim Lim Finance Berhad, cawangan Klang pada tanggal 26 Mac 1986. Aku, pada usia hampir 23 tahun, masih mentah, masih hijau namun bertekad untuk membina satu kerjaya untuk diri sendiri dan sebagai memenuhi hasrat kedua ibubapa tercinta, allahyarham Haji Mohamed Said dan allahyarhamah Hajjah Jamaliah.
Pagi yang penuh bersejarah itu, hati gundah gulana maklum sajalah, hari pertama kerja. Adakah nanti aku dapat melaksanakan tugas yang diberikan, bentuk apakah kerjanya, bagaimana layanan yang bakal aku terima dari pengurus dan kakitangan-kakitangan yang akan menjadi rakan sekerja dan macam-macam lagi.
Sesampai sahaja di pejabat, di Jalan Dato Hamzah, Klang, aku merasa sedikit hairan. Syarikat kewangan ke atau kedai pajak gadai ni?

Tuesday, February 19, 2013
Doa buat Abah
Semalam, saya mendapat berita tentang kepulangan kerahmatullah ayah seorang sahabat lama. Selepas seketika, fikiran saya teringat kembali akan abah yang telah terlebih dulu menyahut panggilan Illahi lebih kurang 16 bulan yang lalu atau lebih tepat iaitu pada tanggal 25 haribulan October, 2011.
Abah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pakar Damansara pada lebih kurang pukul 10 pagi pada usianya 83 tahun. Mengenang kembali pengalaman hidup bersama abah sejak saya di zaman kanak-kanak sehingga dewasa, terlalu banyak pengalaman, kenangan dan peristiwa yang tak mungkin hilang dari ingatan. Kata-kata, tunjuk ajar dan nasihatnya sangat sukar difahami sehingga saya sendiri menjadi seorang ayah. Abah seorang bekas guru yang memiliki sifat jujur, tegas, bengis, berdisiplin tinggi dan yang paling utama, sifat taat, hormat dan patuh kepada kedua ibubapanya dan orang-orang yang lebih tua terutama saudara maranya.
"Kita ada Allah satu, mak bapak satu, kata mesti satu!" itulah antara beberapa nasihat abah yang selalu diulang-ulang dalam menegaskan bahawa janganlah sekali-kali kita berbohong.
Kini, apa yang dapat saya sumbangkan demi membalas jasa allahyarham abah ialah setiapkali selepas solat, mendoakan dan menghadiahkan nya Al-Fatihah.
Semuga Allah SWT jua yang memelihara dan mencucuri rahmat kepada roh allahyarham abah, amiinn.

Tuesday, July 17, 2012
Janji
Sudah lama tidak menulis di blog Suara Hati saya ini. "Posting" terakhir saya adalah lebih setahun yang lalu. Banyak faktor yang menyumbang kepada 'ketandusan' hasil penulisan saya kebelakangan ini, antara yang menyerlah ialah, kesuntukan masa dan tahap kesihatan yang tak menentu.
Sebenarnya, jika mahu diambil kira, sangat banyak perkara yang mahu saya tuliskan. Pelbagai peristiwa yang terjadi sejak setahun yang lalu. Cuma, keupayaan untuk menghasilkan penulisan bagaikan hilang dari kotak fikiran saya.
Maka, menjadi harapan saya sendiri semuga saya berupaya untuk kembali menulis dalam blog ini. Sama sama kita nantikan. Saya janji.

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)