Sunday, January 25, 2015

Majlis Pertemuan Semula (Reunion) SRJK Jalan Raja Muda 2

Dengan izin Allah SWT, pada tanggal 27 Disember 2014, saya bersama sama seramai 15 orang bekas murid murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Jalan Raja Muda (2) telah menghadiri sebuah majlis pertemuan semula (reunion) di Kelab Golf Bangi.

Majlis yg diadakan penuh meriah itu, pada awalnya tampak sukar untuk dianjurkan.  Maklum sajalah, dengan usia yang sudah menjangkau 50 tahun, masing masing sibuk dengan urusan keluarga dan kerjaya, penganjurannya pasti dianggap suatu kejayaan.

Gambar kenangan paling nostalgik

 Berjumpa dan berbual sebelum majlis dimulakan


Bersama isteri, Dalilah dan tiga orang anak anak perempuan saya

 

Aturcara majlis antara lain ialah ucapan dari saya sendiri sebagai Admin (Whatsapp Group), memotong kek sebagai lambang kemanisan suatu persahabatan, sesi pengenalan diri yg ringkas, dan cabutan bertuah.

Kepada semua sahabat lama yang telah berkesempatan datang ke majlis itu, ribuan terima kasih kerana kehadiran tuan tuan dan puan puan menambahkan seri hidup saya.  Dan kepada saudara Khafidz, Sulaiman, Argus dan Shaharuddin, special thanks kepada kalian.

Hingga bertemu lagi di pertemuan yang akan datang, insyaa Allah.

No comments: