Sunday, January 25, 2015

Pesanan Seorang Ayah - Bahagian 4

                                


     
(Dengan Nama Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang)


Assalamu'alaikum Faseha,  

Pertama sekali, abah dengan penuh rasa kesyukuran, mengucapkan tahniah kepada Iyah kerana telah berjaya melangkah kaki ke menara gading, Universiti Teknologi MARA.  Tidak ada yang lebih membanggakan dan menggembirakan hati abah dan mama selain daripada melihat anak-anak kami berjaya dalam bidang pelajaran.  Kini, kehidupan Iyah telah masuk ke fasa baru yang lebih mencabar dan getir.  Namun, seperti juga abang Enol, abang Muaz dan abang Izzat, abah percaya dan yakin Iyah akan berjaya menggenggam segulung ijazah yang dicita-citakan.

Di hari pendaftaran 2 September 2014, ke bilik asrama di Kolej Mawar sementara menanti arahan lanjut


Menyambut usia 4 tahun



Dalam mengharungi kehidupan kampus yang mencabar dan adakalanya getir, Iyah perlu kuatkan azam dan mantapkan pendirian, rohani dan jasmani.  Kikiskan perasaan malas dan putus asa dan jangan sekali kali mengaku kalah sebelum berjuang.  Di pusat pengajian tinggi seperti UiTM ini, Iyah bukan sahaja belajar subjek subjek yang diajar, Iyah juga belajar mengenal hati budi kawan kawan dan belajar erti kehidupan yang sebenar.

Buat pengetahuan Iyah, nama Siti Faseha Sakinah adalah nama pilihan allahyarhamah nenek Jamaliah, lama sebelum Iyah dilahirkan.  Maka, ketahuilah bahwa kelahiran Iyah adalah sesuatu yang Abah nanti nantikan. 

Abah dan Mama akan sentiasa memberikan sokongan yang perlu.  Jangan tinggal solat dan berdoalah selalu kepada Allah SWT memohon ampun, hidayah serta petunjuk dariNya.  Mudah mudahan, dengan usaha yang tiada kenal tewas, Iyah akan berjaya suatu hari nanti.  Abah dan Mama sekadar menumpang kejayaan Iyah.

Selamat belajar.


No comments: