Saturday, May 23, 2009

Hari Kraftangan Kebangsaan 2009


Hj Bakhil : "Wah, wah sayaang, sayaang.......kau bisik-bisik sama anak kau, kau bilang aku purak-purak pengsan aaaa..." Isteri : "Eh abang bukan ke betul-betul pengsan tadi bang, macamana abang boleh dengar pulak?" Hj Bakhil : "Uuuuuuuu. Aku pengsan pesen baghu lah, kau mana tauuuuuuu....." Di atas tu petikan skrip felem Labu Labi. Ternyata, Hj Bakhil sangat sayang kepada isterinya. Pulang kerja, melihat isterinya, dipujinya kecantikan isterinya itu. Namun, dalam babak yang lain, Hj Bakhil : "Apa saja si Manisah tu asyik nyanyi lagu berkasih sayang saja. Kan baik kalau nyanyi lagu macamana nak cari duit banyak. Bila duit banyak, boleh buat rumah besar, boleh beli kereta besar, boleh kawin duuuu...." (lebihkurang gitulah bunyi skripnya) Maknanya, orang2 lelaki (tak semua) ni asyik nak fikir kahwin je....walaupun punya isteri yang (masih) cantik dan penyayang.


Entah lah kawan2, akupun sendiri jarang sangat jumpa org lelaki ni kalau kematian isteri, akan sanggup hidup sendirian hingga akhir hayat mereka. Itupasal sewaktu kami berkumpul di Komplek Kraf Tangan Kebangsaan tadi, bila Nik Safari ajukan soalan adakah aku juga terfikir juga nak beristeri dua, spontan je aku jawab, "Ya". Namun pada hakikatnya, aku selalu minta kepada Allah SWT andainya antara aku dan isteri, biarlah aku yg pergi dulu. Kenapa? Sebab, sungguhpun dia bukan wanita pertama aku cintai, biarlah dia jadi wanita yang terakhir aku cinta dan miliki hatinya. So, orang2 pompuan semua, puas hati?


Ok, mari sekarang kita cerita pasal pertemuan kecil kami di HKK di Komp Kraf Kebangsaan, Jln Conlay, KL. Yang datang ialah Zaidah @ Amoy (C), Rozita Bardin (A), Nik Safari (A), Zaitun Yahya (A), Zalilah (A), Dimas (C), Norwati (A), Baidilleh (A) dan isteri, saya (A) dan hos kami Faizah (A lagi!) Yang dalam kurungan tu ialah Class DIB kita dulu. Sekali lagi ex-class A ....alah kau orang fikirlah sendiri. Dimas, aku, Zalilah, Norwati dan Baidi datang lewat kerana urusan masing2. Oleh kerana saya tiba waktu makan, kami pun makanlah t/hari sama2. Namun, petang tadi pertemuan kami begitu bererti kerana bilamana yang perempuan2 saling bersalaman, berpeluk pelukan dan bercium ciuman yang lelaki pula saling dapat melihat sahaja! (Abis nak buat apa Dimas? Kau nak mampus? Nengok je la) Pertemuan kami dengan Norwati adalah yang pertama selepas 24 tahun. Suara Wati masih macam dulu, perlahan sangat bila bercakap laksana bateri dah nak habis power. Macamana ya agaknya bila dia berbisik dgn suaminya? Macam pertemuan2 kecil yang sebelum ini, banyak kisah silam yang terkisah semula antara yang tersurat dan tersirat. Pelbagai persoalan terjawab, banyak juga lagi yang masih jadi tanda tanya.


Hidangan juadah pun tak kurang juga hasil tajaan Hjh Zalilah dan Pn Faizah sendiri yang menyambut harilahirnya yg ke 45. Kami yang hadhir semua berpakat dan mengambil keputusan untuk :-


1. anjurkan majlis tahlil/doa selamat secara bergilir2

2. anjurkan reunion kali ke-2 DIB Class 1985 di tempat kita dipertemukan - UITM Shah Alam

pada tahun 2009 ini juga, boleh? Jika perkara pertama itu lebih merupakan usaha peribadi
dan inisiatif kawan2 sendiri, perkara yang kedua itu saya fikir eloklah kita rancang dengan
sempurna dan teliti agar mencapai objektif yang kita rancangkan yakni kehadiran yang
semaksimum yg boleh.


Sehubungan dengan itu, sebagai langkah kehadapan yang pertama, dengan rasa rendah diri, saya persilakan anda semua memberikan cadangan akan tarikh yang sesuai (cuti sekolah termasuk tarikh yang tak sesuai) untuk kita adakan reunion kedua itu. Juga, sesiapa yang berhajat untuk menyumbangkan bakti dan tenaga kearah penganjuran reunion ke2 itu, tawaran dibuka untuk menyertai AJK perlaksana.


Setelah rindu di hati terubat, perut dah padat, mata pun dah naik berat dan bergambar beberapa kerat, kami pun ucapkan berbanyak-banyak TQ dan ucapkan juga Selamat Hari Lahir ke 45 kpd Faizah. Jasa dan penat lelah Faizah akan kami kenang selalu. Kami kemudian minta diri untuk berpisah sementara.


Kalau diberi kesempatan lagi, kita akan berjumpa semula.



Yang tawaf 3 kali cari tempat nak letak kereta

Subad

No comments: