Wednesday, January 13, 2010

WARISAN SEJARAH - 2



Sebelum saya ke episod kedua, saya nak buat sedikit penjelasan mengenai pertanyaan kawan2 pada episod pertama, pasal DS Rafidah Aziz.
VI ni sekolah lelaki hingga ke tingkatan 5 saja. Murid-murid perempuan dari sekolah 100% perempuan sekitar KL yang cemerlang pada MCE/SPM akan ditawarkan tempat ke tingkatan 6. DS Rafidah Aziz ni mari saya cerita, merupakan murid perempuan Melayu pertama yang ditawarkan tempat ke Tktn 6 di VI sekitar tahun 1960an, saya lupa tahun sebenar. Seorang lagi menteri kabinet wanita yang pernah belajar di VI (tktn 6) ialah Dato Ng Yen Yen, menteri di Kem Keluarga dan Wanita, apa ke nama. Ada seorang lagi wanita "glamour" yang pernah belajar di VI, ialah Wan Zaleha Radzi, bekas pengacara dan pembaca berita TV3 yang jelita tu. Nanti saya cerita tentang Kak Wan kita ni.
Ok, bila dapat result SRP ingatkan dah bagus lah, bila dapat kelas naik tingkatan 4, nun belakang, 2nd last, Science 5. Sc 1 dan Sc 2 di penuhi oleh budak2 cha ya nun alip dan kap lam ya nga belaka. Budak Melayu adalah 3-4 orang di Sc 1 dan 5-6 orang di Sc 2. Paling ramai budak Melayu di Sastera, itupun ada satu kelas sahaja. Pada tingakatan 4 ni, saya mula wakil sekolah dlm bolasepak, rejam lembing dan ping-pong. Malangnya dalam keghairahan melibatkan diri dalam bersukan, saya telah mula tidak fokus kepada pelajaran dan sedikit demi sedikit terpesong dari tujuan utama ke sekolah - akademik. Report card yang dulunya biru kini telah banyak yang merah. Bila Hj Said (my father) nampak - muka dia pulak tukar jadi merah.
Diringkaskan cerita, naik tingkatan 5, 1980 dan kerana tak sanggup nak berulang lagi (ialah nak prepare SPM konon) saya pun tinggal di VI Hostel yg jumlah penghuninya adalah kurang lebih 50 - 60 murid sahaja termasuk 10 perempuan tktn 6 lah.
1980 Form 5 - Boleh dikira paling hebatlah. Brother2 di L6 dan U6 biasanya tak berapa taiko kerana jumlah mereka sedikit. Banyak kenangan di form 5 ni dan yang paling tak boleh lupa ialah sewaktu pemilihan House Captain. Ketua rumah ni kalau nak ikut tradisi sekolah mesti student Upper 6 memandangkan mereka paling senior. Tetapi tahun itu, Rumah Sultan Abdul Samad telah pecahkan tradisi. Kira "derhaka" pada Sultan lah kalau ikut bahasa sekarang ni.
(Hang Jebat pun dikatakan derhaka juga, tetapi sekarang dia disanjung). Segan nak cakap namun itulah sejarahnya yang telah terbuku di sejarah VI. Undi yang saya terima hampir 90% jumlahnya. Kakak2 Upper 6 pun turut angkat tangan juga memilih saya jadi kapten! Cikgu2 yang in-charge rumah SAS tak boleh kata apa. Suara rakyat suara keramat.
(Kalian jangan fikir aku berpolitik pulak di sini, takde kena mengena langsung dengan politik)
Kemudian, dengan kehendak Allah SWT, terjadilah rentetan peristiwa yang menyentak lamunan saya selama itu yang membawa saya rebah tersungkur ke bumi. Pada satu perlawanan bolasepak persahabatan dgn St John Institution sbg persiapan kejohanan antara sekolah2, saya telah mendapat kecelakaan di mana siku kiri saya dislocated (dengan izin) dan sudahnya terlantar di wad Hospital KL selama ><>
Pada tanggal 31/3/1981, lengkaplah kisah duka saya itu bila mendapat keputusan SPM yang gagal. Saya seorang yang gagal. Seluruh mayapada ini gelap pada pandangan mata saya. Saya berdosa kepada kedua ibubapa saya. Saya kecewakan seluruh pengharapan Hj Said dan Hjh Jamaliah terhadap saya. Hati mereka hancur lebur bak kaca terhempas ke batu. Tatkala saya melihat emak mengalirkan airmata kekecewaanya, saya bersumpah kepada diri bahawa kalau benarlah emak menangis kerana saya, biarlah itu tangisan yang terakhir baginya selagi dia hidup di dunia. Saya berjanji akan membahagiakan emak selepas ini dan jika dia mahu menangis lagi, biarlah dia menangis kerana gembira.
nanti I sambung.......

No comments: