Wednesday, January 13, 2010

WARISAN SEJARAH



E-mel ini di tulis pada 10/2/2009

Salam sejahtera,
Beberapa hari yang lalu saya menerima e-mel dari moderator laman sesawang VI Batch 76-80 yang menjemput kami ke majlis Pengisytiharan VI sebagai Warisan Sejarah pada 14/2/2009 nanti.
Bila ada kesempatan sebegini, memang saya akan cuba luangkan masa bertemu dgn ex-schoolmates yang macam kita juga, dan nak senja semuanya, tetapi semua lelaki lah, ialah kami sekolah lelaki. Rupa memanglah dah tua2, tetapi nanti bila jumpa, dia orang bukak lah cerita budak-budak dulu. Cerita kena rotan dgn cikgu lah, kena dera dgn pengawas lah, bersukan wakil sekolah/negeri lah, mengurat cikgu2 perempuan yg datang buat training lah dan macam-macam lagilah cerita.
Saya minta izin nak ceritalah pasal VI waktu saya menjadi pelajarnya dulu, takpe lah ya. Bukan nak "kembali ke zaman silam" atau membesarkan diri dan sekolah tu, cuma sekadar nak cerita. Dan saya pun dgn rasa rendah diri, tak minta komen atau ulasan dari kawan-kawan, jika sudi baca pun jadilah. Kalau nak komen dgn keinginan sendiri, itu terpulanglah.
VI ni memang sekolah elit, ini semua orang tahu. Setiap binaan di dalam kawasan sekolah punya sejarah mereka yang tersendiri. Malah, barisan pokok-pokok palma yang menghiasi landscape sekolah itupun punya makna - nanti saya cerita. Mungkin sejarah VI yang paling masyhur ialah pada tahun 1945 bilamana tentera Jepun menyerah kalah kepada tentera Bersekutu (British) pada Perang Dunia Kedua - watikah penyerahan itu ditandatangani di dewan sekolah VI.
Bekas murid2 nya ramai yang memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, yang jadi pembangkang kerajaan pun tak kurang juga malah yang dari keluarga DiRaja pun ramai. Di antara nama-nama besar itu ialah Paduka Seri Sultan Brunei, Sultan Hassanul Bolkiah, allahyarham Tun Ismail Ali, anak tempatan pertama yang menjawat Gabenur BNM, allahyarham Mokhtar Dahari, Ketua Wanita UMNO Dato Seri Rafidah Aziz, jutawan Ananda Krishnan (Maxis) dan Francis Yeoh (YTL), Rj Petra Kamaruddin, bekas KPN TS Rahim Noor dan CEO BSKL sekarang, Dato Yusli Yusuff.
Saya pula boleh lah dikatakan sebagai bernasib baik dan bertuah dapat masuk VI ni sebab saya bukanlah pandai sangat masa sekolah rendah dulu. Ujian Penilaian drjh 5 dapat 1A 4B je, tetapi mungkinlah kerana kurrikulum dan sukan bagus, itulah dapat masuk VI tu. Takde kabel-kabel. Masa hari pertama saya masuk sekolah VI, hati kecil saya bertanya sendiri, "pasal apa bangunan sekolah ni tiangnya besar2 dan macam bangunan dulu-dulu ni?" Bila abang saya tinggalkan saya sendiri dalam kelas, meleleh airmata, takut....sekolah tu tua macam muzium aje rupanya. Lama kelamaan saya dapatlah sesuaikan diri juga dgn "budaya" sekolah yang elit tu.
Untuk pasukan unit berunifom, saya sertai pancaragam sekolah yang terkenal seluruh M'sia. Ialah, bapak saya pun ahli musik juga - bekas pemain clarinet kombo Radio Malaya tahun 50an dulu. Tak sampai 2 bulan, saya keluar dari Band VI - tak tahan kena ragging dgn seniors. Salah sikit je, diaorang suruh saya junjung tenor drum tu dan lari 2 round sekolah. Belum pun jadi Kasim Selamat, dah nak kena dera teruk2 apa cerita bro? Saya, akhirnya berpaling kpd cinta hati saya nombor 1 - sukan (bolasepak, badminton, ping-pong dan olahraga). Masa berlalu, dari tingktn 1 saya naik ke tingktn 2. Tak berjaya wakili sekolah dalam apajua acara sukan, VI ni student2nya dah lah ramai, belajar pandai, bersukan handal. Nak main badminton, Misbun, Razif dan Jalani Sidek dah main utk sekolah - takde standard langsung kami yang lain-lain ni.
Hujung tahun 1977, keluarga berpindah ke Paya Jaras (rumah bapak sekarang). Dah lagi satu masalah, pagi-pagi nak kejar bas ke KL yang jauhnya 15 batu (23km), pukul 5.45 pagi berdiri di "main road" tunggu bas pertama. Banyak kali saya terlewat sampai ke sekolah, kadang2 tu pukul 8, pukul 8.30 pun biasa. Cikgu kelas pun dah faham dan OK lah dia pun tak marah.
Then, sampai ke tingkatan 3, 1978. Masih berulang dr Paya Jaras ke KL hari-hari naik bas - tak pernah komplen macam anak-anak kita sekarang kerana apa? Kerana sekolah VI. Suka dan cinta kepada apa yang kita punya/buat membuatkan kita suka untuk menghadapai segala kepayahan yang ditanggung.
Saat untuk mendapat keputusan SRP akhirnya tiba jua.
bersambung.....

No comments: