Wednesday, January 13, 2010

WARISAN SEJARAH - 3




Salam sejahtera,

Mari saya teruskan sedikit lagi cerita lampau masa kat sekolah dulu. Nampaknya bila tamat saja ceirta ni, dah takde rahasia lagi lah diri saya kepada anda semua. Dari sekolah hinggalah lepas belajar ITM dan seterusnya sekarang ni.

Seperti yang telah Faizah komen tu memang benarlah. Saya ambil keputusan untuk selamatkan maruah diri di tempat yang sama maruah saya dipijak dek kepincangan diri sendiri. Tahun 1981 merupakan tahun saya "bersahabat" dengan insaf, sunyi, sendiri dan cabaran untuk kembalikan semangat diri yang hilang. En Shukur guru besar, guru-guru di sekolah malah warden asrama semuanya berikan kata-kata perangsang kepada saya agar berjaya pada kali kedua. Belajar, belajar, belajar then sit for SPM kali kedua dan akhirnya pada tanggal 1 April 1982 bila keputusan diumumkan, saya berjaya juga. Lebih manis kejayaan itu saya kecapi setelah merasai kepahitan kerana gagal kali pertama. Nak tahu siapa yang pertama sekali cari saya untuk ucapkan tahniah - En Shukur guru besar. "I know you can do it, I always know. You failed before was not because you are stupid, rather you have lost too much precious time. I hope you will continue to bring glory to this school and to yourself too." kata En Shukur yang sangat gembira kerana kejayaan saya. Manakan tidak, dia sebagai bekas pemain bolasepak negeri Perak, tahu akan setiap kebolehan murid-muridnya di dalam dan di luar padang.

Akhirnya juga, saya kembalikan senyuman dan harapan kepada kedua ibu dan bapa saya. Kepada allahyarhamah emak, saya cuma harapkan semuga dia dapat memaafkan diri saya kerana pernah melukakan hatinya.

Dan seterusnya dalam masa yang singkat, saya dilantik jadi Kapten Asrama dan pengawas sekolah. Jika tidak kerana melanjutkan pelajaran ke ITM, En Shukur mahu melantik saya jadi Kapten Sekolah dan akan tercatatlah di dewan sekolah yang penuh sejarah itu nama saya sebagai School Captain 1983. Buat pengetahuan anda, School Captain di VI tarafnya tinggi. Di bawah guru besar dan senior assistant. Cikgu-cikgu pun tak boleh arahkan pengawas apalagi ketua pengawas.

Bila dilantik jadi pengawas, seminggu kami kena ragging dengan seniors (yang sebenarnya kawan-kawan aku dari batch 1980). Dia orang tanya soalan kalau kita tak dapat jawab semua (prefect baru) kena debik baik punya.
Namun pada waktu itulah saya banyak belajar pasal sejarah sekolah. Contohnya, 40 batang pokok-pokok palma yang ditanam keliling sekolah merupakan simbol memperingati 40 orang guru VI yang gugur kerana mempertahankan sekolah sewaktu Jepun datang menawan Malaya/KL. Siapa guru besar pertama, siapa cipta lagu sekolah dan macam-macam lagilah. Tarikh-tarikh penting sekolah semua saya ingat dengan mudah seperti tarikh penubuhan sekolah. Dalam kelas di L6A1, kami (seorang classmata saya ialah Shamsul Bahri Samsuddin DIIA) mula belajar bergaul dengan students perempuan. Salah seorang darinya, Wan Zaleha Radzi. Dia ni sepatutnya ke St John tetapi dek kerana bapak dia ex-VI, maka diapun dapatlah masuk VI. Pasangan kepada cantik, sombonglah. Dia ingat dia cantik, glamour (keluar iklan Milo dan wakil M'sia dalam olahraga sekolah2 ASEAN) dia boleh menyombong dengan kami. Duduk di depan sekali, bercampur dengan budak2 lain tidak sekali. Tapi saya fikir dia perhati kami. Biasalah jual mahal saham tinggi. Pada kejohanan olahraga MSSKL di Stdm Merdeka, dia terlihat saya sama2 wakil VI dan barulah dia membuka mulutnya "Eh, you prefect dalam class I tu kan?"
"Yup and you let me guess, oohh...Cik Wan Nor Zaleha" aku jawab. "Tak sangkalah you ada kat sini, you masuk event apa, why I tengok semua boys keliling you aje...?" katanya lagi. Hek eleh...budak ni. Kau memanglah tak kenal siapa aku, kenapa yang kau tak tanya. "Next time, when you are in class, leave your pride aside and come join us, will you? Oh by the way, I am in the triple jump, long jump and throwing the javelin." Hari Isnin minggu depan tu, habis semua budak2 dalam kelas L6A1 Kak Wan tegur. Mungkin keangkuhannya telah di tinggalkan di stadium kot.

Dalam buku autograf saya, sebelum dia pergi melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat, Wan Zaleha menulis bunyinya lebihkurang begini :-
"Subadri, nice knowing you who are simply friendly and charming too. All the best in your future undertaking (ayat standard). Be cool, stay sweet and smile always."
Dahlah tu kisah Wan Zaleha. Sebenarnya ramai lagi aweks lower six kat VI yang vogue gila.

Setiap kali saya mengenang kembali VI, saya pasti akan teringatkan setiap wajah-wajah dan kisah-kisah yang pernah saya lalui. Terlalu banyak pelajaran yang saya perolehi selama 6 1/2 tahun saya di VI dan yang sangat penting sekali ialah dalam segala apa yang kita lakukan, yang kita buat, semuanya mestilah sederhana dan punya keseimbangan. Dan dengan berbekalkan pengalaman itulah saya applikasikan sewaktu mendidik anak-anak saya.

Hari Sabtu nanti bersamaan 14 Februari 2009, akan saya dakap semula 1001 kenangan, membuka lipatan sejarah yang banyak mengajar diri agar tidak terlalu mendongak tinggi supaya tidak tersandung kaki.



Yang pernah ngangakan mulut budak2 China
yang melihat acara final bergu Ping-Pong
dan seterusnya rangkul kejuaraan Bwh 18 tahun

Subad

1 comment:

Shamsul Bahri said...

naper aku x de kat stadium tu bad?
aku pun school runner gak... acara lompat pagar... at least seminggu sekali...