Friday, February 19, 2010

Menoleh Kebelakang Mengimbau Kenangan Silam



Assalamu'alaikum.

Di dinding pejabat saya, tersangkut beberapa keping mini poster bergambar yang bersamanya tertera kata-kata pujangga yang sangat baik maksudnya. Salah satu daripadanya berlatarbelakangkan Air Terjun Sungai Lambir di Sarawak berbunyi seperti ini, "Life Is A Grindstone; Whether it Grinds You Down or Polishes You Up Depends On What You're Made Of".

Selepas menamatkan pengajian di ITM, saya tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Satu demi satu temuduga saya hadhiri namun berakhir dengan mendapat jawapan yang mengecewakan. Rasa kesal menyelubungi diri kerana sewaktu diberi peluang membina kejayaan, dipersia-siakan. Memang saya tamat pengajian seperti sahabat-sahabat lain juga, tetapi masakan mendapat pointer yang tinggi jikalau tidak bersungguh-sungguh belajar. Akhirnya setelah menunggu hampir 10 bulan, barulah saya mendapat pekerjaan di salah sebuah syarikat kewangan berlesen yang sudah tidak wujud lagi di masa ini. Suka tidak terkata, dah bekerja mencari rezeki sendiri, sudah pegang duit, boleh beli apa yang saya hajatkan dan sudah boleh menyimpan untuk kahwin. Pernah pada suatu hari di perhentian Puduraya sementara menunggu bas yang akan membawa saya pulang ke rumah di Paya Jaras, saya berdiri tercegat di depan salah sebuah kedai runcit di ruang menunggu sambil mata tajam melihat gula-gula Mentos. Anda tentu tahu gula-gula Mentos yang saya cakapkan. Berapa sahajalah harganya pada waktu itu 22 tahun lalu, 50 hingga 60 sen barangkali. Petang itu saya pulang membawa 2 bungkus gula-gula Mentos yang sewaktu jadi student dulu, tak termampu saya membelinya. Kelakar? Tidak, tidak kelakar sekiranya anda tahu berapa duit poket yang saya dapat dari ayah sewaktu di ITM.

Sudah ditakdirkan, tiada jodoh di antara saya dengan R. Tiada sesalan kerana sudah itu permintaan badan. Biarlah episod duka itu kekal menjadi memori untuk disimpan dalam diari kehidupan saya sendiri. Suatu hari, apabila pulang dari kerja, saya diajukan dengan satu soalan yang sangat lucu lagi mengejutkan.
Allahyarhamah emak tanya, "abah kata kau ni dah 26 tahun, tak ada ke kawan-kawan perempuan kau yang masih single yang kau nak abah & mak pinang?" (R sudah mendirikan rumahtangga sewaktu peristiwa ini terjadi). Soalan itu memerangkap saya yang tidak langsung bersedia menjawabnya dan pada malam nya, selepas makan, allahyarhamah emak bertanya lagi. Saya pun menjawab,

Bersambung.....

No comments: