Sunday, July 25, 2010

AKU BUDAK KAMPUS - Meniti Cerun-Cerun Kehidupan 5




Ketujuh

Kekecewaan seperti satu kelaziman dalam kehidupan kampus yang pernah aku lalui. Satu demi satu kekecewaan aku alami menyulami pengalaman suku, duka, pahit dan manis. Namun, memang menjadi harapan serta doa-doa aku agar apabila ketikanya kaki ku melangkah keluar dari kampus ITM Shah Alam, biarlah kejayaan mengiringinya.

Kecewa datang dalam berbagai bentuk dan rupa. Namun ia datang tanpa mengira waktu dan berpunca bukan saja diri sendiri, tetapi insan lain juga. Kecewa yang paling tidak boleh aku lupakan ialah apabila melihat seorang kawan dikecewakan hatta menewaskan rasa-rasa kecewa yang aku sendiri pernah lalui. Peristiwa berlaku di semester 5. Aku bukan seorang yang pandai mengubati kekecewaan orang lain sedang aku sendiri kerap dibelenggu perasaan kecewa. Mungkin kerana itu, dua manusia yang telah kecewa saling mengubati hati masing-masing dan akhirnya, di semester 6, kami telah berjanji akan meninggalkan semua rasa kecewa dan membina kekuatan untuk menghadapi masa hadapan yang jauh lebih mencabar.


Kelapan

Sewaktu menjadi OC (Orientation Commitee) di semester 5, aku telah berjumpa dengan seorang kawan sekolah rendah, Zaini bin Zaid, pelajar baru (freshie) mengambil kursus Seni Lukis dan Seni Reka. Zaini adalah rakan sekelas di SRJK (Ing) Cator Avenue, Ipoh tidak lagi bertubuh gempal seperti dulu. Namun, kemahirannya bermain bolasepak semakin menjadi kekaguman ku.

Kesembilan

Lain subjek yang di belajar (saat akhir), lain pula subjek yang periksa. Peristiwa mencemaskan tetapi melucukan ini berlaku di semester 6 bilamana pada satu hari Ahad, aku telah ke Stadium Merdeka di KL untuk mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga Selangor Juniors. Menang pingat emas dalam acara lompat kijang. Balik ke kampus dah senja dan dalam keadaan tergesa-gesa, melihat jadual peperiksaan. Alamak! subjek MGT321 Banking Practice (Legal) esok jam 2 petang di Dewan Sri Budiman.

Belajar punya belajar hingga lewat malam dan keesokan harinya tatkala tiba di DSB. Sungguh memeranjatkan apabila melihat di papan hitam luar dewan tertulis "ACC376 Auditing 2.00 - 4.00 pm". Habis aku, selamat, kaput, repeatlah aku semester 7!!

Keputusan akhir di skrip peperiksaan yang saya terima, ACC376 Auditing - 1.00.......ya beda beduuuuu lulus!!!

2 comments:

zaini63 said...

Salam Bad,
Tak sangka alam cyber menemukan kita disaat usia begini. Aku terserempak pautan blog kau dari FB Hisham. tak sangka nama aku disebut-sebut dalam blog kau.
Apapun aku masih ingat yang kita telah menjalani zaman yang sangat akrab sewaktu kita di sekolah rendah dulu. Apa yang aku ingat kau adalah pelari yang pantas masa tu. You were running everywhere. Fast!
Kalu ada masa ikuti blog aku di aithinkdisway.wordpress.com.

ciao
Zaini Zaid

Le Beau Garcon said...

Zaini, memang aku sering teringatkan zaman kanak2 dan remaja dulu. Sungguhpun zaman2 itu kita tak semewah dan secanggih zaman anak2 kita, namun semuanya indah belaka. Yg manis indah, yg pahit pun indah juga. Dan engkau adalah satu drpd beberapa insan yg tak mungkin dpt aku lupakan.
Terima kasih krn berikan komen dlm blog aku.
BTW, siapa Hisham?